Rabu, Mei 01, 2013

Cenderamata Hari Guru

 

 Teacher's Day Fridge Magnet. 
Size: 6 cm (circle) 

Price: 
RM 3.50 per pc.
10pcs @ RM 3.00 per pc.
 
 min. order 6 pcs.

* add Pos laju @ RM 6

Sabtu, April 06, 2013

Aqiqah & Berkhatan & Birthdays

 Handmade card in Lollipop style.
Nama pun i type one-by-one. Lucky, just 50 pcs... if not, fengsan u all.

 Mini fridge magnet, wajib la ada.

Sticker untuk tepek kat goodies pack.

Food's label.

Kebetulan, i balik rumah family in law's di Shah Alam. So, i pun singgah le ke kenduri rumah Kak Ima. Tu dia, dah nak sampai ke Kg. Kuantan yang famous amos dengan kelip-kelip. Sesat-larat nak mencari Sg. Buloh/ Kuala Selangor. Berapa kali asyik menanya orang. Lastly, pusing masuk tol utara-selatan & keluar Tol Sg. Buloh/ Hospital. Straight... cari Penjara Sg. Buloh. Hubby i jangan cakap le... muka dah mendung. Kalau tak fikir, dah siap hadiah untuk anaknya Daim & Dhia. Memang i terus balik Shah Alam je la. Tahap macam dah give up. Sebab ikut plan, guna highway Guthrey. Kalau ikut Hospital Sg. Buloh tu, Kak Ima kata... jauh, dah macam pusing balik ke belakang. Nampaknya tak ada rezeki, ikut jalan short cut. Bak kata orang Perak, melilit la mencari Penjara Sg. Buloh... langsung tak nampak bayang temboknya pun. 

Lastly, jumpa juga la Penjara Sg. Buloh tu. Dalam 10 minit, sampai Desa Coalfields. Alhamdulillah, sampai la dalam pukul 1 lebih. Makanan semua sedap-sedap, macam-macam ada.Laksa memang feveret, sedap... susah nak jumpa laksa time kenduri yang kuahnya sedap macam tu (nampak ikhlas tukang membuatnya). Pulut & rendang, i cuit sikit... perut dah sendat dengan nasi beriani yang kan main sedap. Budak-budak pun happy, macam-macam game ada. Anak i, dua  orang tu tengok bounce, dah tak lalu nak makan... punya excited dorang nak melompat, haha.

P/S: Macam biasa, latest order by Kak Ima :D



Photo Booth Props

Order dari adik Fara di Terengganu. Fara ni selalu gak order walaupun kadang tu kuantitinya sikit-sikit aje tapi i tak kisah. Sebelum ni, dia order mini fridge magnet... sponsor gift kawin kakaknya & handmade card.

i love to make people happy. InshaAllah, i akan buat yang terbaik.
Kali ni dia buat surprise untuk birthday anak buah... baiknya la hati. Paling membahagiakan, dia komen yang props tu comel sangat. Alhamdulillah.

Customized Goodies Birthday


Butter Ice cookies. Seriously, cookies ni sedap coz i guna gred A butter. i pun tak buat manis sangat dough for cookies tu... sebab topper tu dah manis. Normally, memang menjadi kegemaran budak-budak. Anak i selalu request buat ice cookies ni. Kadang bawak sekolah, siap kawan dia order lagi for next time.

 Customized mini mentos. Tema; colors pink, Disney Princess.

 Marshmallow dipped chocolate

Mini magnet

Finally, goodiest set pun siap.

Order ni memang last minute i buat, seminggu dateline. Alhamdulillah, sangat mudah berurusan dengan Puan Hajar. Semuanya beres, beliau pun puas hati. Cuma bermasalah dengan poslaju (macam biasa, tak sah kalau tak buat onar). Hari jumaat sepatutnya, sempat sampai ke office beliau di Damansara. i dah risau sangat kalau dia cuti hari sabtu tu. Nasib, dia kerja tapi malangnya hari sabtu pun poslaju gagal untuk hantar. i pun minta Puan Hajar contact poslaju terdekat, untuk pick-up sendiri. 

Ini dah masuk kali ke-4 pos laju buat hal. naik letih dah i asyik nak kena buat report. Serious, i dah naik menyampah sesangat la dengan service poslaju sejak start tahun 2013.

Goodies pack

Repeat order again by Kak Sham from Seremban. Puteri kesayangan, intan payung gunung berapi beliau... Zara dah masuk 2 tahun.

Ni tag untuk tampal kat hadiah, lucky draw & game. Tag untuk stick pada bunga telur, lupa pulak i nak ambik gambarnya. Anyway, thank U so much Kak Sham... next year, roger2 i ye :D ehehe.

Flower Bouquet Vase

Ini pun order dari Kak Ima jugak, dia request buatkan flower bouquet. Nak bagi untuk adik iparnya punya birthday (bertuah u, dapat kakak ipar... nak gak bagi surprise gift. i poslaju tu). Macam biasa, i kan suka bagi cadangan, haha. Nasib baik kekandaku ok saja, asalkan cantik udah, katanya. Memandangkan, i ada stok english vase. Biasa, i memang suka mengumpul benda-benda cenggini. So, bila time nak guna... taraaa... tak ada la nak menggagau mikionya. Maka, deco-deco-deco... huhu, berpeluh jugak. Maklum la, 1st time buat benda alah ni. Cucuk sana - cucuk sana - selit - menyelit, sudah jugak. Jenuh u all, berpeluh i dibuatnya.

Coklat tu i beli aje cuma repack dalam love container tu. Ate... dah tak termampu nak muat. Ini la hasilnya; Kak Ima kata, "cantik kamu buat, kemas aje". Thank U, sebab terus menaruh kepercayaan mengorder tak putus-putus dengan saya. Macam-macam projek dengan akak ni. Bouquet ni pun, i dah try tonggeng-tonggengkan terlebih dulu bagi memastikan tak tercabut semasa dalam penghantaran. i dah mampatkan dengan polistrin & kertas. Rasanya suci murni keadaannya setelah sampai ke Miss Juliana.

U all, maklum saja la pekerja pos macamana dorang buat kerja. Mana-mana yang hantar laptop tu tak ada calar/retak... buat la doa selamat coz kebanyakannya wasallamu, tutup & kucup jahame tu. Memang punah, teroyak keluar air mata darah wooo....





Photo Booth Props



Again and again, orders by Kak Ima. Senior i masa sekolah agama rakyat dulu, hehe.
Props stuff ni untuk anak saudaranya, Shakirah Fikri Abazah.

Stail ambik gambar macam ni dah keluar balik. Mana-mana 80an children's, ingat tak bergambar yang ada lubang kat muka tapi body lain. Ha... dah in balik u all.

Topper Label


Topper Label ni order dari CT, mudah & cepat je sebab dia minta i buat tema pink dengan motif 'cute bear'. So, i pun suggest la cartoon bear care. Lepas tunjuk design & dia pun suka, terus proceed. Actually, order ni last minute juga la tapi kalau customer tak fussy... memang tak ada masalah langsung. i pun boleh buat dengan senang & tenang hati... lalala. Siap 2 hari je terus poslaju ke Seremban eh, KL ke mana... sorry, i have chronically short-term memory.

Button Magnet





Order ni dari Cikgu Aidairyanti dari Sek. Lahad, Ipoh. 
Magnet sheet habis... out. So, i suggest her to use button magnet. Kebetulan, i memang ada stok magnet jenis button. Cikgu Aida pun ok, bila i buat dalam bentuk laminated keras. Sangat mudah berurusan dengan cikgu ni dan lancar aje. Kampung pun dekat aje rupanya cuma lebih senior sikit je dari saya. 

Biasanya, di Popular ada magnet  macam ni @ RM 4.50 lebih kurang ye, u all. Price i still affordable, only @ RM 2 per pc for order above 100 pcs. Size; 5.8 cm x 8.8 cm with glossy paper and with packaging. Magnet ni sebagai gift kepada kakitangan sekolah sempena Harijadi Cikgu-cikgi-kerani-etc.

yang ni pulak apam tembikai untuk majlis pertunangan adiknya.

Very thank U Cikgu :)
She said, "Next time will continuous order for magnet again."
Alhamdulillah, hope will ye cikgu.

Handmade Card

Order by adik Fara, for he beloved one & friends. She request for birthday card & anniversary.
Bukan main suka lagi Fara & sangat berpuas hati dengan hasil keras tangan i yang tak seberapa tu.
Thank U dik :)

If, interested to order... let's email i ye;

email: firda.station@yahoo.com

Tempahan Kad Raya bermagnet di buka.


Tahun ini, jom tukar stail pulak. Bagi kad raya pesen magnet, tak ada le orang buang... boleh terus tepek kat peti ais. Boleh bagi kat tok wan, mak long-pak long, pak andak-mak andak, handai taulan, cikgu-cikgi dan kaum kerabat yang jauh mau pun dekat. Dah lama tradisi mengutus kad ni terabai... zaman mak-abah-tok-nenek kita dulu besar ni la lebih kurang kad rayanya. Cuma dalam warna hitam putih. Berlatar belakangkan gambar pantai la, tepi sawah la, blabla... (macam prop dalam filem P.Ramlee). Pastu ada la gambar pengirimnya cenonet kat penjuru gambar. Kad tu pulak bergerigi-gerigi macam gambar foto lama mak-abah kita dulu-dulu (tahun 90an, tepi foto dah tak ada gerigi-geriginya dah).

ate, jom le ngorder.

Size: 8.3cm x 5.3 cm (lebih kurang saiz biz kad)
Best Price: RM 2
Min order : 10 pcs

Khamis, Mac 28, 2013

Mini button magnet



Regular customer tercayang, Cikgu Mai. Beliau memang kaki magnet terlampau, hihi... mengorder (sponsor) untuk majlis aqiqah adik iparnya. Kali ni, i buatkan mini button magnet. 3 pcs per packet. Jenuh jugak nak buat shape bulat ni, nak terpeleot tangan mengguntingnya. U all bayangkan le, i make total about 300 pcs... menggigil tangan after done. Seperti biasa, tak cerewet dan ok aje dengan hasilnya. Feiyuuu... tu yang i syok explore new idea with her atau dalam bahasa orang-orang kampung i, "Itu yang teman gemo berurusan dengannye, hehe".


Pastu, with apam polkadot siap packaging, 3 ketui ( Tecer Mai said oso, my apam polkadot so yummy & cantik... her SIL very le suke (i pun suka kalau orang sponsor u all... haha). Than, she have ask... apa lagi agaknya nak bubuh dalam goodies & i suggest air kotak. Believe me, guest memang suka kalau door gift ada air kotak (i la guest itu... haha). lepas ngap-ngap the apams... minum ayo kotak (boleh borong di Mydin, rasanya dalam 5 kupang je sekotak... not bad le harga tu kan). Magnet as souvenir can stick on fridge. Takde yang terbakul sampahkan.

Ate, jom le order magnet dengan i :)

Magnet datang lagi...

Order dari Ummi Fara Hazwana dari Kelantan.

 Order dari Puan Su, dari SUK Shah Alam untuk SUK dinner of the year- 2013.
Beliau ada juga menjual produk kesihatan. Jom jenguk, aneka macam ada;
Smartneasy Biz

Very Thank U so muahhh....

Rabu, Februari 27, 2013

Meatball Ikea


 

Semalam teringin pula rasa nak mencekik meatball. So, tengahari tu makan ala western la sangat... hehe. Resepi ni ambik dari blog faafeefoo. Meatball pun ada elok dalam chiller (cadang nak buat bakso... projek membakso makanya postponed, hewhew).


Resepi Meatball ala IKEA

Bahan: Meatball (saya guna MARINA)
Goreng meatball tanpa minyak dengan api sederhana. Kaup balikkan selalu, jangan sampai hangus. Kentang goreng secukupnya. Sekiranya mahu berperisa. Setelah kentang goreng dinyah minyak, masuk dalam tupperware. Goncang. Bubuh serbuk kari (saya guna FAEZA), serbuk perasa KNORR dan garam halus. Agak-agak mengikut banyak kentang goreng. Sayur brokoli dan carrot (jika suka) direbus seketika. Sedikit jem strawberry atau mix fruits atau blueberry (saya guna mix fruit jam).

Gravy (boleh buat 1/2 bancuhan sebab dapat banyak. Saya buat makan dengan kentang lecek.)
2 sudu butter (saya guna creamy butter)
1 1/2 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
1 biji bawang holland - dipotong dadu
2 biji tomata sederhana besar - dipotong dadu
1 1/2 cawan air
100ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam
1 kiub pati ayam
1 sudu gula
1 kiub pati daging

Cara:
Cairkan butter dengan api perlahan. Tumis bawang hingga layu. Masukkan tomato dan biar hingga layu. Masukkan air, susu, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan kiub daging. Kacau rata sehingga mendidih. Sentiasa kacau untuk menggelakkan berketul. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk seketika. Selepas itu, blender gravy sehingga halus. Tuang semula ke dalam periuk. Masukkan tepung gandum dan jagung yang telah dibancuh sedikit air lalu tuangkan. Sentiasa kacau sehingga mendidih. Tutup api dan tuangkan atas meatball.

Khamis, Januari 24, 2013

Sticker label


Tempahan dari Mimi lagi. Minta buatkan sticker label untuk 3 item, mahukan corak damask sebagai latar dengan tema warna unggu & turquoise. Beliau pun nampaknya mula menceburkan diri dalam biz online. Mohon berjaya adanya.

Sticker kahwin


Tempahan dari Suezieyana lagi, untuk majlis pertunangan sepupunya.
Suka sangat, cantik... pujinya. Terima kasih ya.

Rabu, Januari 23, 2013

Magnet oh Magnet.

 Tempahan dari Zairol, beliau ni peminat hubby i (Bijan, Majalah Ujang).
Berurusan dengan customer lelaki memang sangat sempoi.
Selamat Pengantin Baru Zairol & fezza.
Mohon berbahagia ke akhir hayat.

Tempahan dari Puan Norliza sebagai 'gift' untuk perkahwinan adiknya, Lina.
Selamat Pengantin Baru Lina & Iwan.
Mohon aman-sentosa dalam kehidupan berumahtangga kelak.

Terima kasih tak terhingga dari i.
Berminat nak tempah, email; firda.station@yahoo.com

Budget gift.


Tempahan dik Nurul Iman dari Ipoh. Katanya goodies ni untuk majlis perkahwinan. Mungkin untuk diberikan kepada tetamu cilik. Semoga riang-ria anak-anak yang datang memeriahkan suasana dan jangan lupa gosok gigi lepas makan, hehe.

Budget goodies ini hanya RM 1 sahaja.
Min. order: 40 pcs.

item;
1 pc eye glass chocolate.
1 pc lollipop.
3 pcs sweet.

jom email; firda.station@yahoo.com

ALPHABET BANNER





ALPHABET BANNER'S

Price;

RM 1.50 per pc (not full colors)
RM 2.50 per pc (full colors)


Charge artwork: RM 5

Email; firda.station@yahoo.com



Mickey Mouse theme

Welcome Signature - size 5R

 Food's Label

 Mini tag

Sticker 

Alphabet Banner

Tempahan Mimi dari Penang, sangat menyenangkan berurusan dengannya.
Terima kasih, dik.

Marshmallow & sticker


Tempahan dari Suzieyana dari pulau Pangkor.
loose Marshmallow - twist (1 kg)
Sticker (Mickey Mouse theme) dan mini riben (warna laut).

Terima kasih dik :)

Sekiranya ada yang berminat untuk order loose marshmallow (twist, tube, with filling, etc).
Sudikan la email; firda.station@yahoo.com
Tempahan perlu di buat 3-4 minggu awal sebelum majlis, bergantung kepada kuantiti tempahan. 
Harga adalah berpatutan.

Loose order

Goodies bag - loose
Tempahan dari Puan Amelia dari Manjung, Perak.

Topper label
Tempahan dari Puan Nor Hayati dari Johor.


Topper label
Sekali lagi tempahan dari Cikgu Intan. Gambar dibawah, di minta dengan izinnya untuk dipaparkan... kondisi  setelah siap dibungkus.


Terima kasih banyak-banyak kerana mempercayai Fida Station.
Sekiranya berminat membuat tempahan, jangan malu-malu ye... email; firda.station@yahoo.com

Birthday - Safari theme

Birthday Invitation Card - Lion 

 Birthday Invitation Card - Petal's 

 Topper Label - Safari theme 

  Sticker tag - Safari theme  

 Mini Puzzle - mix design

Tempahan dari regular customer saya, dik Ziela dari Terengganu. Sangat mudah berurusan dan comel je orangnya. Walaupun hanya kenal-kenal di facebook tapi telah terjalin kemesraan antara kami.

Pink & Bear comel

Alphabet Banner

Goodies pack

Order dari errr... dah terlupa pula namanya sebab dah terperap, lupa nak publish kat blog.
Goodies pack dengan bajet ekonomi, RM 1 per pc. Min. order 40 pcs.
Tema yang di minta, warna pink dan bear. Saya pun terus cadangkan guna theme cartoon 'Care Bear' yang comel dan berwarna pink. Puan punya badan terus suka masa saya yunjukkan design, sangat mudah berurusan dengannya. Terima kasih banyak-banyak ye :)