Sabtu, November 27, 2010

Toceh… Toceh… Toceh…


Masa tengah budak dulu, feberet TV Mak bonda… tengok cerita cina. Tahulah 3-4 kerat bahasa cina yang kadang tu tak praktikal pun digunakan sesama masa main dengan kengkawan cam co me nga, em ci ah, chi seng, etc.
Syahdu pulak teringat zaman bebudak dulu yang anak-anak Mak bonda tak dapat rasa zaman ni. Memang meriah sangat, main ramai-ramai, sekampung (bukan orang lain pun, sedara bersangkut-paut) dan biasanya satu-satu permainan tu bermusim mainnya. Kalau tiba sukan badminton tengah top, maka kami pun main badminton, sibuklah masing jadi Foo Kok Keong lah, Rasyid Sidek lah, Misbun Sidek lah, blablabla…. Drama bersiri Jepun, apa ke namanya, Moero Attack … dah semua berangan nak jadi Can Kozue’s, giler main bola tampar. Roundres, porok kasut aka baling kasut, main aci nyorok (hide & seek), police & thief, tarik daun pinang (tapi jadik tukang tarik memang tak syok), gelungsur bukit pasir, main pondok-pondok (bina betul-betul siap pakai pelepah nyor tu, beratap beria… pastu main masak-masak), main guli, main gasing (pakai batang pokok jambu-buat sendiri, kalau beli kedai, lima kupang satu tapi tak lasak, sekali pangkah terbelah terus, tak tahan lama) layang-layang, galah panjang ( ni budak laki memang ambik peluang nak peluk – gatai sungguh, darjah lima, enam… hormon tengah naik) etc. Paling ekstrem main air banjir kat kebun getah tuk, naik batang kayu getah tangkap lintah. Balik kena sesah dengan mak tapi abang yang kena. Mak bonda merangkap adik, mak pukul abang pasal ngajo adik main camtu… ekeke.
Segala macam permainan pendek katanya. Lenkali Mak bonda ada masa… buleh bukak cerita. Sekadar lintas tak langsung sebagai IKLAN SDN. BHD.
Sebetulnya, toceh3x tu berkenaan dengan gift yang Mak bonda bagi kat cikgu tedika abang.

Tak tahu nak bagi apa, Mak bonda bikin coklat.
Sebenarnya, Mak bonda nak kongsikan gambar gift yang mak bonda bagi untuk cikgu dan ummi dan Kak Ina (kerani sekolah-yang belanja buku untuk abang-kesnya; ummi cerita yang anak Mak bonda teroyak nak sangat beli buku Ben 10 ). Mak bonda memang tak bagi beli pasal jujur cakap tak kualiti, pandai betul depa selit buku buku coloring Ben 10 dalam pek tu nak ‘ayat’ bebudak. Harga buku tu RM 10 tapi dengan nilai tu, Mak bonda boleh dapat 10 buah buku edisi baru (cetakan aje lama) kat Novel Hunt di Ipoh Parade. Mak bonda memang biasa beli buku-buku (dan jual) kat situ, stok terpakailah… tapi kualiti buku bagus. Buku budak-budak biasanya masih baru dan sangat berbaloi harganya.
Mak bonda sangat tak suka dengan kegiatan penerbit kecik yang suka sangat bertandang ke sekolah dan jual pada budak-budak (selalunya depa akan bagi flyer aka resit buku). Kebanyakannya buku-buku tu tahap tatabahasa lintang pukang ke Hulu Perak, penceritaannya sangat tak intelek dalam meningkatkan keupayaan fikir anak-anak.
Ini set buku cerita (10 siri) yang mempunyai tatabahasa yang baik dan gambar illustrasi yang menarik (salah satu sebab Mak bonda beli-kononnya nak buat reference lukis figure… ekeke...).

Sebetulnya, Mak bonda memang suka beli buku kanak-kanak sebab terpikat dengan illustrasinya, macam buku cerita ni adalah versi terjemahan. Kebanyakan yang Mak bonda perasan, kualiti lukisan buku-buku barat lebih menarik berbanding tempatan yang ala kadar aje lukis. Masa Mak bonda duduk kat USJ dulu, suka beli buku kat Pay Less Book di Carefour Subang Jaya dan Summit tapi rasanya, la nih… dah pindah ke One Utama.
Berbanding dengan nilai RM 10 tu cuma ada empat buku saiz mini (lebih kurang 10 x 15cm) + 1 buku coloring Ben 10 + 1 buku origami mudah + 2 keping penanda buku. Malas Mak bonda nak tepek gambonya, kang kena saman pulak… lagipun ntah hilang ke mana dah.
Itulah sebabnya mak bonda agak memilih untuk membelikan buku untuk anak sebab memang masak sangat dengan perangai anak teruna bujang sulung ni… kalau dengan Mak bonda memang tak jalan air mata abang berderai, Mak bonda keraskan hati. Kalau anak menangis sebab nak kan sesuatu barang… jangan sesekali turutkan sebab nanti sampai bila-bila dia akan pakai modal air mata tu. Namun ada masanya, Mak bonda akan bagi ‘surprising’ walaupun abang tak minta tapi dia pernah minta dan bila Mak bonda rasa dia berkelakuan baik… kira cam reward lah. Masa tu, Mak bonda pun rasa hepi tengok abang excited… mesti dia tak sangka.
Heheh… Mak bonda memang suka bagi surprise aka gift, sejak zaman muda remaja lagi. Hmmm… yang itu, cerita lain kali.
Mak Bonda suka buku ni, suka tengok teknik water color… wet on wet, simple but pretty good.

Virus I LOVE U…



takde maknanya.


Reboot and select proper Boot device or Insect Boot Media in selected Boot device and press a key.

Reboot and select proper Boot device or Insect Boot Media in selected Boot device and press a key.

Reboot and select proper Boot device or Insect Boot Media in selected Boot device and press a key.

Reboot and select proper Boot device or Insect Boot Media in selected Boot device and press a key.


Terpaksa hantar ke bengkel, bila on masih keluar statement yang hapah mak bonda tak faham hape pun, agaknya, itulah bahasa komputer yer.


Sebelum ni dah dua kali kena virus tapi cuma program Window je effect… masih boleh cari kat backup file. Namun kali ni, tukang pomen tu kata, kena program hard disk semula. Alahai, habis segala dokumen dan gambo anak bujang teruna mak bonda (terutamanya yang kecik tu, banyak ambik pakai digital kamera cuma tak dan nak print out pasal ingat nak beli photo print canon tu, sudahnya jadi lagu blues, huhu... sandarkan pada kenangan je lah). B dah cuba pakai software recovery tapi tak dapat banyak sangat pun. Kemungkinan gratis software dari internet tak cukup power… nak kena upgrade aka beli original software recovery kemungkinan boleh dapat gambar-gambar tu … kebarangkalian dalam 90%.


Pada pengetahuan, mak bonda yang tak berapa nak seberapa tentang teknologi ni… data-data semua tu tak hilang cuma programnya disorokkan dari pandangan. Tah terselit kat mana… main nyorok-nyorok pulak beliau.


Termasuk dua-tiga posting yang mak bonda dah get ready nak post kat blog pun ranap. Menjadi kerjaan pulak nak menulis semula… memang malas je rasa. Huhu… pas ni kena bawak-bawak rajinkan save kat pen drive buat back up.


Cemuih sungguh la kalau jadi lagu ni lagi. Rasa nak makan durian je....