Isnin, November 19, 2012

Rush order

 Mini fridge magnet, tanda ingatan tahun akhir dari guru.

Alphabet Banner

Food's label

Ini last minute order dari Puan Intan. Bergantung kepada budi bicara, saya tidak akan mengenakan sebarang caj tambahan untuk rush-time request sebab menjadi habit saya tidak suka menghampakan harapan orang... bergantung kepada tempahan. Namun Puan Intan juga sangat mudah berbincang dan saya sangat menyenangi customer begini.

Terima kasih Cikgu Intan Azira dari Sentul.

Regular customer ever

 Baby's October

 Customized Mineral Water.
sebagai air yassin untuk kenduri Doa Selamat.

Chocolate chips cookies with packaging.

Deco buku yassin 

Customized mini Mentos

Mini fridge magnet.

Party packs.
including;
1 pc tag
1pc quality towel
1pc bubble balloon
1pc mini magnet
1pc mini Mentos

 Apam polkadot tak pernah tinggal dari di order oleh Kak Ima seperti biasa :)
 
Food's label

Marshmallow dipped chocolate


Menggunakan tema warna ungu cemerlang. Kak Ima dan famili's berbahagia meraikan sambutan harijadi kedua orang puterinya, Damia & Dahlia.



Terima kasih, lengkali ngorder dengan saya lagi ye :)

Request Project yang ke seterusnya.

Seperti biasa, Mai minta saya buatkan gift. Kali ni, beliau nak beri pada anak-anak muridnya sempena Hari kanak-Kanak. Saya memang sangat la suka dapat projek macam ni sebab tak sabar melihat hasil akhirnya yang pasti menggembirakan hati. Apa nak dikata, I'm really HEART craft project... tudia, speking London kejap mak, hehe.

Untuk request order kali ni, saya buat hair clip ribbon untuk murid perempuan. Manakala murid lelaki memang saya buntu habis, memandangkan budget sangat terhad. Jadi, untuk murid lelakinya saya bubuh pensil tekan-tolak (haha... tak tahu namanya).
 
Dan makluman dari Mai, yang sangat-sangat-sangat berpuas hati seperti biasa. Senang benar hati saya mendengar... bertambah semangat untuk saya. Terima kasih Mai.

Dan beliau sudah berikan saya, satu lagi tugasan.

Raikan anak murid.

 Goodies pack
including;
1pc deco paper bag
1pc magnet
2 pcs chocolate praline
1pc ice cookies (size: S)

Deco goodies paper pack.

 Fridge magnet.
Ice cookies


Cikgu Mala dari SK. HICOM, beliau ni kawan kepada Cikgu Oyen. Order goodies pack untuk meraikan anak murid darjah akhir (Darjah 6) bersempena dengan Hari Guru.

Terima kasih ya :)

Personalized Magnet

Order dari Noor, door gift untuk Majlis Kawin kakaknya.
Karikatur oleh Kartunis Bijan dari Majalah Ujang (hihi, my beloved hubby)

Sempoi sangat bagi magnet cartoon figure pengantin. Kalau ada yang berminat, boleh email saya; firda.station@yahoo.com

Party Packs


  Goodies pack
including;
1pc deco paper bag
80gm prawn cracker
3 pcs sweets

 Topper 

Deco paper bag

Order dari Puan Norsuhani. Semua goodies bag tu tak di klip toppernya lagi sebab menurut Puan Han, beliau nak letak cupcake, etc. So, saya telah isi keropok udang dan gula-gula tanpa dikelip.

Terima kasih Puan Han dari Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya.

Ahad, November 18, 2012

Terima kasih cikgu.




Sempena Hari Guru, saya buat gift dengan nilai budget untuk anak-anak berikan pada guru yakni fridge magnet Teacher days quote dengan design yang simple. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan dari para ibu-ibu (yang kebanyakan darinya adalah guru juga :) dan pelajar.

Fridge magnet memang mendapat tempat di hati saya, sangat sesuai untuk dijadikan gift. Selama ianya bertahan di fridge... akan terimbas ingatan kepada yang memberi -tentunya. Kerna juga, saya memang suka mengumpul fridge magnet.

Terima kasih semua :)

Hari Guru-guru Malaysia


 Simple goodies pack untuk Hari Guru.
including;
1pc magnet
1 packet of marshmallows

Simple packaging untuk Hari guru.
including;
1pc teddy bear
1pc cupcake towels 
1pc customized mini mentos.

Ini order dari teman saya, Cikgu Alley Jane untuk cikgu-cikgi anaknya di Kindergarten. Dua orang anaknya beri pada guru-guru yang sama. Maka, Alley minta saya buatkan 2 jenis gift.

Terima kasih Alley :)

Fridge magnet yang duper cute


Tempahan pertama dari Mai, kerana order yang sangat 'last minute' kerana beliau baru terperasan bisnes goodies gift saya. Stok magnet pun ada cukup-cukup je. Dapat la seketui aje fridge magnet per packaging. Tergesa-gesa la mak membuatnya. Alhamdulillah, bukan main seronok beliau masa parcel sampai. Melompat-lompat la beliau dengan suka hatinya (haha... ni saya tipu aje, takde la melompat. Sorry ye sayang, melawak aje)

Lat beberapa hari, beliau berkenan pulak order lagi untuk sponser Majlis Aqiqah buat adik iparnya di teluk Intan. Kali ni dapat bubuh 2 ketui magnet-magnet yang cumel.

Terima kasih, u are my friend la... hihi :)

Safari Theme

 Birthday goodies pack
including;
1pc deco bag
1pc button clip fridge magnet
1pc lollipop
1pc customized mini mentos
6 pcs fruity marshmallow
complimentary; chocolate button

 Goodies paper

 Safari's theme tag

Perzonalized Mini Mentos

assorted button clip fridge magnet
Tempahan yang seterusnya dari teman saya, Cikgu Mai. Projek goodies pack, diserahnya kepercayaan untuk saya buatkan. Teman saya yang seorang ini paling sempoi dan customer yang sangat menyenangkan berurusan dengannya. syukurlah sebab dia sangat-sangat berpuas hati dan anaknya pun suka sangat.

Terima kasih Mai, tahun seterus-seterus-seterusnya... jangan la jemu mengorder lagi ya :)

Meraikan guru-guru.



including; 
1pc of box
1pc teddy bear 
1pc lollipop bookmark
1pc cupcake towels
1pc personalized chocolate
1pc magnet (medium size)

assorted mini teddy.

Tempahan dari teman saya, Cikgu Maizatul Akmal. Hadiah Hari Guru untuk cikgi-cikgi kindergarten anaknya Maisara. Alhamdulillah, Mai sangat-sangat la berpuas hati dan menyusul kemudiannya... tempahan goodies sempena birthday anaknya.

Bee's theme

 Ice cookies with edible image

Customized mineral water wrapper & chocolate wrapper.

Order dari Shamini Suppiah untuk 1st Birthday anaknya yang super-duper cute Riya sandhu's.

Thank you so much dear :)

Edible Image Cookies

Order dari sahabat facebook saya, Nera.
Ceritanya, biskut dah tinggal separuh sebab abang bukan main syok ngap seketui-dua-pagi-petang sebelum Majlis Aqiqahnya. Alkisahnya, cookies ni di minta pos awal... seminggu sebelum kenduri. Hehe... memang ice cookies atau edible image menjadi kegemaran kanak-kanak sebab gambar dan bentuk muka cookies yang ceria berwarna-warni.

Terima kasih sahabatku, Nera.

Ice Cookies

Ladybugs ice cookies, flavors vanilla & chocolate & mini fridge magnet.
Terbang nun ke Kota Kinabalu.

Terima kasih Avila Edwin Maidi.

Teacher Days 2012

 Personalized chocolate size L.
Tag untuk digantungkan ke labu sayong. Ini untuk anak terunanya yang belajo di MRSM Langkawi bagi ke cikgu-cikgi di sana. Udah kena le tu bagi tandamata warisan Negeri Perak yakni labu sayong.

Handmade card with bookmarks untuk cikgu-cikgu anak gadis Kak Liza.

Tempahan dari regular customer yang selalu mengorder apam polkedot dan tag. Kali ni Kak Ja minta buatkan kad-kad size comel dengan tema wajibnya, apa ke lagi kalau bukan dari kaler pink (warne samo, kate orang Perak). Envelope kad pun awak siap bubuh liner. Aje yang best, cikgu-cikgu dapat chocolate size gedabak, puas ati le makannya.

 Terima kasih bebanyak Kak Ja.

Angry Birds theme

 Mini fridge magnet.

Party packs

Mini Puzzle

 
Tag untuk digantung pada bunga telur.

Order dari Kak Shamsiah, untuk puteri kesayangan Zaara yang comel macam anak hindustani.
Terima kasih :)