Rabu, Januari 25, 2012

Apam Sri Ayu


Ada yang panggil apam mawar, namun apa pun namanya rasanya tetap marvelous... kalau gigit-gigit sambil minum ayo teh ka kopi O hangat, alangkah nikmatnya... kena pulak hari hujan turun renyai-renyai sambil dengar pula lagu 'Cinta' nyanyian R.Azmi. Aisshhh... ke lain dah ni.

Ok, ni la kuih yang menjadi pujaan masa zaman anak dara sunti dulu, hihi.... Bila dah jadi Mak Dara, dah buleh la mem 'baking' sendiri. Cumanya diberi suntikan moden sikit, kasi lebih berwarna. Kalau nampak dek nenek-moyang harus dikatakan derhaka ni.

Apam Sri Ayu (60++ biji)

Bahan-bahan:

3 biji telur
240gram gula pasir
240ml santan @ susu cair
1 camca perisa pandan/pandan emulco/strawberry emulco
270gram tepung gandum
1 camca ovalatte

*1 camca tepung kanji/ubi.
1/2 biji kelapa parut (ambil yang putih)
sedikit garam
Semua digaul sebati (gaul mesra bak kata orang Perak)

P/S: Adunan dibahagi dua untuk membuat dua warna; ijo dan merah pelan (ni kalau tok moyang tengok sape ajo, bubuh kaler merah, harus derhaka katanya, hikhikhik).

Cara-cara
1. Sapukan sedikit minyak pada acuan.
2. Gaulkan kelapa parut bersama garam dan tepung ubi/kanji, digaul rata dan ketepikan
3. Piukul telur dan gula, hingga kembang & ringan. Kemudian, masukkan ovallate, pukul dengan kelajuan maksimum.
4. Setelah telur kembang (diangkat tak menitik) masukkan, santan dan tepung sambil di pukul rata.
5. Sementara itu, panaskan periuk kukus dengan api sederhana panas, sementara menyediakan adunan.
6. Ambil kelapa dan tekan ke dalam acuan hingga padat. Kemudian, tuangkan adunan ke atas kelapa dan kuku selama 15 minit.

Selamat mencuba.

Selasa, Januari 24, 2012

Sup Ekor



Resepi di ambil dari Majalah RASA... rasa-rasanya :)
Namun telah diolah sedikit sebanyak mengikut citarasa sendiri. Memang tidak mengecewakan... dah tiga kali buat atas permintaan En. Bijan.

8oo gm ekor lembu ( rebus dulu – 2-3 jam )
2 liter air
4 sudu makan minyak masak
2 batang serai
2 tangkai ketumbar
2 batang carrot - dipotong bulat
1/2 biji bawang holand - potong kiub
jus limau nipis secukupnya

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
4 sudu teh lada hitam
4 sudu teh ketumbar
3 sudu teh jintan manis
3 sudu teh jintan putih
garam & serbuk pak aji

Cara penyediaan:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang holand hingga kekuningan lalu masukkan pula bahan kisar. Biar seketika, hingga berbau harum.

2.Kemudian masukkan air rebusan daging, carrot dan juga serai. Biar mendidih untuk seketika.

3.Setelah itu masukkan ekor yang telah direbus dan didihkan dengan api perlahan selama 20 minit.

4.Keluarkan minyak yang terdapat dibahagian atas sup, perahkan jus limau, sesuaikan rasa dan taburkan dengan daun ketumbar diatasnya.

5.Sedia untuk dihidangkan.

P/S: ekor lembu saya rebus pada malamnya, jadi esok boleh terus masak je.

Coklat Door Gift


Order dari Mira, menggunakan warna perak sebagai tema majlis perkahwinannya. Dek kerana, kotak jenis 2 cavities dah tiada stok di kedai maka sebagai alternatifnya... digantikan dengan clear plastic box yang biasa digunakan untuk mengisi coklat oreo. 'Thank you' tag adalah percuma.

Sekiranya berminat untuk meng'order', boleh email; firda.station@yahoo.com atau add facebook 'Firda Station' dan PM inbox untuk balasan segera. Terima kasih.

P/S: Klk label 'CHOCOLATE' untuk melihat harga.

Hari Guru SK Hicom.



including;
1pc deco paper bag
1pc magnet
2pcs praline chocolate
1pc ice cookies (size; S)

 
Karikatur oleh kartunis Bijan, Ujang... medium yang digunakan colors pencil.

Tempahan dari Cikgu Oyen dari SK. HICOM untuk Majlis Hari guru. Beliau merupakan kawan saya masa renik dulu. Sama-sama bersekolah Agama Rakyat. Petang-petang main porok kasut, aci nyoroh le, rondes... macam-macam le permainan kami bebudak kampung dulu. Rasanya budaya bermain rope saya kecik-kecik dulu semakin lama kian pupus. Rindu beno rasanya zaman riang ria ribena. Hehe...

Di samping itu, Oyen juga mengorder apam polkedot yang telah siap packaging untuk anak-anak muridnya. Aje rope itu la, tentu gembira budak-budak bila cikgu tak lupa meraikan Hari Guru bersama.

Terima kasih Noorinne :)

Mini fridge magnet


Sambutan untuk mini fridge magnet agak memberangsangkan juga. Kali ni order dari adik Farah untuk majlis perkahwinan kakaknya 'Fini & Zul pada 4.2.2012.

Terima kasih my dear :)

kepada yang berminat untuk memberikan tetamu dengan souvenir yang kecil comel ni boleh email; firda.station@yahoo.com.

P/S: Boleh lihat harga pada bahagian tepi blog - 'FRIDGE MAGNET'... ikut budget nak bubuh berapa pcs per pax, nak order loose pun boleh. Tempahan perlu di buat sebulan-2 dari majlis sebab fridge magnet ni pre-order. Ready stock selalunya tak banyak ada sangat.

Happy Bornday


Buku untuk si kecil Adam, anak sahabat saya Nurul semasa sekolah dulu. Hihi... harap ibu beri kerjasama untuk membacakan... setiap malam - setiap hari. Maklum saja, ada 365 cerita... dan handmade card yang tergesa-gesa disiapkan, envelop juga diberi liner yang sama dengan design kad menjadikannya sedondon :D

Jika ada yang hendak saya buatkan handmade card, jangan keberatan untuk email saya di;
firda.station@yahoo.com

Jumaat, Januari 20, 2012

Apam Mini


Sebahagian dari order customer yang telah selamat dibikini pada tahun 2011. Sambutan yang sangat menggalakkan dan kebanyakannya adalah repeat order. Terima kasih yang tak terhingga atas kepercayaan dan kesudian meng'order'... dari Firda Station :)

Sekiranya berminat boleh email; aryaya11@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan atau add dan PM saja di facebook (Firda Station) untuk kecepatan balasan yang maksimum :D

Gracias :D