Sabtu, November 27, 2010

Virus I LOVE U…



takde maknanya.


Reboot and select proper Boot device or Insect Boot Media in selected Boot device and press a key.

Reboot and select proper Boot device or Insect Boot Media in selected Boot device and press a key.

Reboot and select proper Boot device or Insect Boot Media in selected Boot device and press a key.

Reboot and select proper Boot device or Insect Boot Media in selected Boot device and press a key.


Terpaksa hantar ke bengkel, bila on masih keluar statement yang hapah mak bonda tak faham hape pun, agaknya, itulah bahasa komputer yer.


Sebelum ni dah dua kali kena virus tapi cuma program Window je effect… masih boleh cari kat backup file. Namun kali ni, tukang pomen tu kata, kena program hard disk semula. Alahai, habis segala dokumen dan gambo anak bujang teruna mak bonda (terutamanya yang kecik tu, banyak ambik pakai digital kamera cuma tak dan nak print out pasal ingat nak beli photo print canon tu, sudahnya jadi lagu blues, huhu... sandarkan pada kenangan je lah). B dah cuba pakai software recovery tapi tak dapat banyak sangat pun. Kemungkinan gratis software dari internet tak cukup power… nak kena upgrade aka beli original software recovery kemungkinan boleh dapat gambar-gambar tu … kebarangkalian dalam 90%.


Pada pengetahuan, mak bonda yang tak berapa nak seberapa tentang teknologi ni… data-data semua tu tak hilang cuma programnya disorokkan dari pandangan. Tah terselit kat mana… main nyorok-nyorok pulak beliau.


Termasuk dua-tiga posting yang mak bonda dah get ready nak post kat blog pun ranap. Menjadi kerjaan pulak nak menulis semula… memang malas je rasa. Huhu… pas ni kena bawak-bawak rajinkan save kat pen drive buat back up.


Cemuih sungguh la kalau jadi lagu ni lagi. Rasa nak makan durian je....


Jumaat, November 12, 2010

MPIMI SULEALYNA TREALBIK

Saya kejutkan encik Suami.

Saya: encik Suami (saya tipu, saya tak panggil beliau begitu)
Encik suami: kroh…kreh…kreh…kroh…brrpp….

Saya goncang-goncang encik Suami sambil kuatkan volume suara.

Encik Suami: Ha… ada apa?
Saya: Saya mimpi.

Encik Suami: Mimpi? Apa?
Saya: Saya mimpi berada di gedung kasut. Ada kasut color merah. Kasut color biru, kasut color putih, kasut color coklat, kasut color….

Encik suami: Kan malam ni, mana ada shoping complex buka, merepeklah Cik Puan Isteri ni.
Saya: encik Suami, saya cakap yang saya mimpi berada di gedung kasut. Ada kasut color merah. Kasut color biru, kasut color putih, kasut color coklat, kasut color….

Encik Suami: Eem… dah tu?
Saya: Saya mimpi beli kasut banyakkk…. Cantikkk-cantikkk semuanya.

Encik suami: Eem… camtu, tak payahlah awak beli kasut lagi tahun ni.
Saya: Tapi mimpikan kan biasanya terbalik?

sa...sa...wang


Salam,

Kusutnya blog saya, kalau rumah dah tentu menjadi markas pembiakan labah-labah yang berdaya-maju, ekekeke…. Walaupun, masih berbaki lagi sembilan belas hari, satu bulan untuk menghampiri 1 Januari Dua Ribu Sebelas namun saya berazam akan sentiasa update blog syok sendiri saya ini, mulai sekarang. Saya akan melupuskan posting yang lama. “Past is past, life must go on,” bak kata orang Malindo Ukraine… ekekeke….

Blog ini, merangkap jurnal kehidupan saya dan pandangan saya ke atas kehidupan orang lain (giler bizi body saya ni, ekekeke…) atau pun bukan manusia (dikategori sebagai haiwan atau tumbuhan, etc). Di samping itu, bagi mengisi masa yang tidak berapa lapang sangat pun (sebab kena handle dua anak bujang yang sangat melelahkan tapi mengharukan hati… saya rasa watak Misae tu macam related je dengan saya )

Diulangi semula, bagi mengisi masa, saya cuba untuk buat side income, yakni menjual handmade craft/ card/ bookmark/ etc dan healthy stuff dan buku terpakai dan pre-order item seperti kasut crocs-ORI/ lingerie juga berkongsi petua-pemuda/ resepi/ rencana, etc. sekadar untuk menambah pendapatan diri sendiri... ekekeke.

XOXO :)

Khamis, November 11, 2010

Ini bukan kotak Pandora.

Salam,

Untuk edisi pengenalan, saya nak perkenalkan handmade mystery box… yang kiut, yang sempoi… yang penting ye misteri (hem… guest mesti surprise nak tau isi kat dalam) yang sangat sesuai dijadikan door gift untuk sebarang majlis seperti nikah-kawin, hari jadian, baby shower, etc. Anda boleh isi dengan chocolate praline/candy atau ice cookies atau marshmallow, etc. Terdapat dua jenis kertas (mengikut permintaan).


1) Recycle paper (selected page dari majalah fashion seperti Elle, Voque, Marie Claire, etc)


Saya tawarkan harga yang lebih murah untuk recycle paper memandangkan statusnya dari lampiran iklan majalah tetapi tetap nampak glam dan anda akan mendapat pelbagai corak yang tak lazim dan eksklusif setiap satu darinya. Setiap kotak adalah siap dengan ikatan riben (terdapat dua jenis ikatan riben, terserah kepada anda untuk membuat pilihan sama ada ikatan penuh atau separuh) – saya akan pilih warna riben yang bersesuaian untuk dipadankan namun sekiranya terdapat permintaan color lain, boleh dipertimbangkan. Anda juga boleh memilih pelbagai gaya ikatan reben sama ada biasa atau menggunakan riben jenis organza.


Model: Siantan


Model: Seroja

Model: Santalia



2) Coloring paper (boleh request untuk theme, desing & color)

Manakala coloring paper pula menggunakan kertas dengan berat 70gm dan anda boleh request untuk theme color dan design mengikut kesesuaian majlis. Jika nak mix color kotak pun boleh contoh: kuning & hitam atau merah & hitam, etc.


Model: Kenanga

Model: Bakawali

Model: Anggerik



P/S: Pembelian melebihi 200pcs, sila buat tempahan seminggu awal.

Untuk makluman mystery box ini, 100% dibikin sendiri dengan sepenuh hati dan cinta, eecehcehhh… Boleh tahan sakit pinggang-pinggul juga dek proses melipat, memotong, menggunting dan melekat sehingga terhasilnya kotak-kotak-kotak ini. Saya menggunakan teknik lipatan bagi menghasilkan mystery box ini. Oleh itu, terdapat kesan lipatan yang tidak ketara. Walaupun begitu, ikatan riben telah menutup garisan lipat dan hasilnya tetap marvelous.

Bekerja dengan riben memang menyeronokkan, seperti apa pun yang anda lakukan… ia akan menjadikan bungkusan anda bercitra ekslusif dan mewah namun padanan warna harus tepat.


TIPS hari ini: Warna hitam, putih atau perak adalah warna universal yang sesuai dipadankan dengan sebarang warna. Manakala padanan warna merah dan hitam mencetus gaya prestij dan glam.


Berikut adalah gambar yang menunjukkan kesan garis lipatan sebelum dan selepas di make over dengan riben.


Gambar: Kesan garis lipat sebelum di ikat dengan riben.

Gambar: Kesan garis lipat selepas di ikat dengan riben.


  • Pembelian melebihi 200pcs, sila buat tempahan seminggu awal.

P/S: Jangan malu-malu kangaroo, email saya untuk sebarang tempahan & pertanyaan di aryaya11@yahoo.com.

XOXO :)