Sabtu, April 06, 2013

Photo Booth Props

Order dari adik Fara di Terengganu. Fara ni selalu gak order walaupun kadang tu kuantitinya sikit-sikit aje tapi i tak kisah. Sebelum ni, dia order mini fridge magnet... sponsor gift kawin kakaknya & handmade card.

i love to make people happy. InshaAllah, i akan buat yang terbaik.
Kali ni dia buat surprise untuk birthday anak buah... baiknya la hati. Paling membahagiakan, dia komen yang props tu comel sangat. Alhamdulillah.

Customized Goodies Birthday


Butter Ice cookies. Seriously, cookies ni sedap coz i guna gred A butter. i pun tak buat manis sangat dough for cookies tu... sebab topper tu dah manis. Normally, memang menjadi kegemaran budak-budak. Anak i selalu request buat ice cookies ni. Kadang bawak sekolah, siap kawan dia order lagi for next time.

 Customized mini mentos. Tema; colors pink, Disney Princess.

 Marshmallow dipped chocolate

Mini magnet

Finally, goodiest set pun siap.

Order ni memang last minute i buat, seminggu dateline. Alhamdulillah, sangat mudah berurusan dengan Puan Hajar. Semuanya beres, beliau pun puas hati. Cuma bermasalah dengan poslaju (macam biasa, tak sah kalau tak buat onar). Hari jumaat sepatutnya, sempat sampai ke office beliau di Damansara. i dah risau sangat kalau dia cuti hari sabtu tu. Nasib, dia kerja tapi malangnya hari sabtu pun poslaju gagal untuk hantar. i pun minta Puan Hajar contact poslaju terdekat, untuk pick-up sendiri. 

Ini dah masuk kali ke-4 pos laju buat hal. naik letih dah i asyik nak kena buat report. Serious, i dah naik menyampah sesangat la dengan service poslaju sejak start tahun 2013.

Goodies pack

Repeat order again by Kak Sham from Seremban. Puteri kesayangan, intan payung gunung berapi beliau... Zara dah masuk 2 tahun.

Ni tag untuk tampal kat hadiah, lucky draw & game. Tag untuk stick pada bunga telur, lupa pulak i nak ambik gambarnya. Anyway, thank U so much Kak Sham... next year, roger2 i ye :D ehehe.

Flower Bouquet Vase

Ini pun order dari Kak Ima jugak, dia request buatkan flower bouquet. Nak bagi untuk adik iparnya punya birthday (bertuah u, dapat kakak ipar... nak gak bagi surprise gift. i poslaju tu). Macam biasa, i kan suka bagi cadangan, haha. Nasib baik kekandaku ok saja, asalkan cantik udah, katanya. Memandangkan, i ada stok english vase. Biasa, i memang suka mengumpul benda-benda cenggini. So, bila time nak guna... taraaa... tak ada la nak menggagau mikionya. Maka, deco-deco-deco... huhu, berpeluh jugak. Maklum la, 1st time buat benda alah ni. Cucuk sana - cucuk sana - selit - menyelit, sudah jugak. Jenuh u all, berpeluh i dibuatnya.

Coklat tu i beli aje cuma repack dalam love container tu. Ate... dah tak termampu nak muat. Ini la hasilnya; Kak Ima kata, "cantik kamu buat, kemas aje". Thank U, sebab terus menaruh kepercayaan mengorder tak putus-putus dengan saya. Macam-macam projek dengan akak ni. Bouquet ni pun, i dah try tonggeng-tonggengkan terlebih dulu bagi memastikan tak tercabut semasa dalam penghantaran. i dah mampatkan dengan polistrin & kertas. Rasanya suci murni keadaannya setelah sampai ke Miss Juliana.

U all, maklum saja la pekerja pos macamana dorang buat kerja. Mana-mana yang hantar laptop tu tak ada calar/retak... buat la doa selamat coz kebanyakannya wasallamu, tutup & kucup jahame tu. Memang punah, teroyak keluar air mata darah wooo....





Photo Booth Props



Again and again, orders by Kak Ima. Senior i masa sekolah agama rakyat dulu, hehe.
Props stuff ni untuk anak saudaranya, Shakirah Fikri Abazah.

Stail ambik gambar macam ni dah keluar balik. Mana-mana 80an children's, ingat tak bergambar yang ada lubang kat muka tapi body lain. Ha... dah in balik u all.