Rabu, Februari 27, 2013

Meatball Ikea


 

Semalam teringin pula rasa nak mencekik meatball. So, tengahari tu makan ala western la sangat... hehe. Resepi ni ambik dari blog faafeefoo. Meatball pun ada elok dalam chiller (cadang nak buat bakso... projek membakso makanya postponed, hewhew).


Resepi Meatball ala IKEA

Bahan: Meatball (saya guna MARINA)
Goreng meatball tanpa minyak dengan api sederhana. Kaup balikkan selalu, jangan sampai hangus. Kentang goreng secukupnya. Sekiranya mahu berperisa. Setelah kentang goreng dinyah minyak, masuk dalam tupperware. Goncang. Bubuh serbuk kari (saya guna FAEZA), serbuk perasa KNORR dan garam halus. Agak-agak mengikut banyak kentang goreng. Sayur brokoli dan carrot (jika suka) direbus seketika. Sedikit jem strawberry atau mix fruits atau blueberry (saya guna mix fruit jam).

Gravy (boleh buat 1/2 bancuhan sebab dapat banyak. Saya buat makan dengan kentang lecek.)
2 sudu butter (saya guna creamy butter)
1 1/2 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
1 biji bawang holland - dipotong dadu
2 biji tomata sederhana besar - dipotong dadu
1 1/2 cawan air
100ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam
1 kiub pati ayam
1 sudu gula
1 kiub pati daging

Cara:
Cairkan butter dengan api perlahan. Tumis bawang hingga layu. Masukkan tomato dan biar hingga layu. Masukkan air, susu, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan kiub daging. Kacau rata sehingga mendidih. Sentiasa kacau untuk menggelakkan berketul. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk seketika. Selepas itu, blender gravy sehingga halus. Tuang semula ke dalam periuk. Masukkan tepung gandum dan jagung yang telah dibancuh sedikit air lalu tuangkan. Sentiasa kacau sehingga mendidih. Tutup api dan tuangkan atas meatball.

Khamis, Januari 24, 2013

Sticker label


Tempahan dari Mimi lagi. Minta buatkan sticker label untuk 3 item, mahukan corak damask sebagai latar dengan tema warna unggu & turquoise. Beliau pun nampaknya mula menceburkan diri dalam biz online. Mohon berjaya adanya.

Sticker kahwin


Tempahan dari Suezieyana lagi, untuk majlis pertunangan sepupunya.
Suka sangat, cantik... pujinya. Terima kasih ya.

Rabu, Januari 23, 2013

Magnet oh Magnet.

 Tempahan dari Zairol, beliau ni peminat hubby i (Bijan, Majalah Ujang).
Berurusan dengan customer lelaki memang sangat sempoi.
Selamat Pengantin Baru Zairol & fezza.
Mohon berbahagia ke akhir hayat.

Tempahan dari Puan Norliza sebagai 'gift' untuk perkahwinan adiknya, Lina.
Selamat Pengantin Baru Lina & Iwan.
Mohon aman-sentosa dalam kehidupan berumahtangga kelak.

Terima kasih tak terhingga dari i.
Berminat nak tempah, email; firda.station@yahoo.com

Budget gift.


Tempahan dik Nurul Iman dari Ipoh. Katanya goodies ni untuk majlis perkahwinan. Mungkin untuk diberikan kepada tetamu cilik. Semoga riang-ria anak-anak yang datang memeriahkan suasana dan jangan lupa gosok gigi lepas makan, hehe.

Budget goodies ini hanya RM 1 sahaja.
Min. order: 40 pcs.

item;
1 pc eye glass chocolate.
1 pc lollipop.
3 pcs sweet.

jom email; firda.station@yahoo.com