Ahad, Julai 24, 2011

Resepi Cheese tart



Kulit pastri

225gm mentega
150gm gula ising
3 biji telur
500gm tepung roti / protein tinggi

Cara:
1. Putar mentega dan gula sehingga tidak berbintil. Masukkan telur sebiji demi sebiji, diikuti dengan tepung.

2. Bulat-bulatkan doh, bungkus dengan plastik dan dinginkan di dalam peti sejuk selama 2 jam. Canai dan lapiskan ke dalam acuan.

3. Bakar kosong, tutup dengan kertas timah dan isi kekacang (kacang hijau, dal, beras,etc), pada 175C selama 10 minit sehingga kuning keemasan dan dasarnya kering. Angkat kertas timah dan kekacang. Sejukkan.

*Resepi kulit pastri diambil dari buku Juadah Manisan Istimewa-Chef Wan. Sebelumnya saya telah cuba resepi yang diambil dari internet namun entah dimana silapnya kulit pastri yang dihasilkan keras dan keras dan terpaksa dibakul sampahkan.

Jadi di sini saya akan kongsikan serba sedikit tips yang terdapat dalam buku berkenaan. Semua bahan mesti berada dalam keadaan sejuk (saya telah sukat dan simpan semua bahan semalaman dalam fridge). Bagi mendapatkan pastri yang teguh namun lembut dan berkelopak, campurkan mentega dan marjerin (saya telah guna nisbah 1:3 bagi marjerin dan mentega). Gunakan tepung roti (high protein). Jangan lupa ayak tepung sebaik hendak membuat bancuhan.

P/S Kulit pastri boleh dibuat lebih awal dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Cream cheese:
250gm cream cheese
30gm gula aising
10gm butter
1 biji telur gred C

Pukul kesemua bahan kecuali telur sehingga gebu. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi. Sedia untuk digunakan.

Disebabkan blueberry filling habis, saya gantikan dengan kiwi filling. Picit filling ke dasar kulit pastri. Kemudian letakkan cream cheese menutupi inti dan keliling dalam pastry. Titikkan inti dan lorekkan dengan lidi. Sedia untuk dibakar. Sejukkan dalam fridge, untuk lebih rasa yummy.

Selamat mencuba.

Sabtu, Julai 16, 2011

Apam pokedot


50pcs x 2 bekas, order dari Puan Ida dari Jalan Kebun, Klang. Terima kasih yang tak terhingga dan semoga berpuas hati.

Sabtu, Jun 11, 2011

Aqiqah 'Door Gift'.


Ice cookies ala hello kitty, order Puan Zarina dari Manjung, sempena 'majlis aqiqah' untuk anak buahnya Putri Aleesya. Terima kasih banyak-banyak-banyak, semoga sudi order lagi di masa hadapan.

Teacher Days



4pcs chocolate praline as complimentary gift.

Order Puan Mazni dari Ibu Pejabat polis Kontijen Pulau Pinang, sempena 'teacher days' untuk anaknya Nur khaireesa Umaira. Terima kasih tak terhingga, lain kali boleh place order lagi, hikhikhik.

komen (SMS) dari Puan Mazni:
"wah, bestnya." (berkenaan goodies box & door gift)
"sedap coklat, pandai la buat."

Jumaat, April 08, 2011

Black Chocolate Cookies


P/S: Please click at picture for clear image.

Klien: Anita dari Shah Alam

Untuk diberi kepada dua orang teman sepejabat, sebagai tanda 'Terima Kasih'. Biskut diterima dalam keadaan baik.Komen yang diterima mengenai rasa cookies ini, "sedap la, macam rasa Famos Amos. Beli kat mana ni?"

Saya ucapkan terima kasih, semoga sudi beli lagi di masa mendatang. Sedap di makan pada bila-bila masa, semestinya!


Thanks you so much, Anita dear!
P/S: Berminat untuk mengirim sebagai kudap-kudapan pelbagai tujuan kepada teman atau orang tersayang atau buat-buat makan sendiri. Jangan segan-segan kucing, hubungi Firda di firda.station@yahoo.com bagi membuat tempahan atau sebarang pertanyaan.

Selasa, Januari 04, 2011

Handmade wedding card Linda & Nizam


Klien: Linda
Tarikh: 26 Januari 2011
Tempat: Gopeng, Perak.



Tempahan kad kawin-handmade jenis pop-up dengan imej masjid dalam 2 rona warna iaitu hijau dan kuning. Menggunakan warna tema biru segar dan cream, kuning dan hijau untuk pop-up sebagai pelengkap menjadi tiga color. Memenuhi permintaannya yang menginginkan 'masjid' sebagai simbol ikatan perkahwinan.


"Kepada kedua pasangan, semoga kekal bercinta ke akhir hayat".


Thanks you so much, ya... darling!
P/S: Berminat dengan handmade wedding card yang ekslusif dan unik. Jangan segan-segan kucing, hubungi MakBonda di firda.station@yahoo.com bagi membuat tempahan atau sebarang pertanyaan.