Khamis, Januari 09, 2014

Fridge Magnet

Alhamdulillah, rezeki pembukaan tahun 2014.

Order dari Ashira dari Shah Alam.
Terbekenan betul i dekat pose anaknya. Comel ya amat.
Sweet sangat sangat sangat, bukan macam dah ni... memang comel amat.

Thank U So much, di doakan Allah juga permudahkan rezekinya dan juga customers i yang lain. 
Amin.

Bunga rozek tag keluarga pengantin

Order dari kawan sekelas i ni.
so, last minute tapi 1 hari je i dah siapkan... hikhik.
coz my friend pun tak fussy.

1st dia tanya, boleh tak buatkan button badge tapi i takde machine tu nak buat. so, i propose zana buat bunga rozek moden ala versi tag ni. i pun buat contoh blank lebih kurang macam kat atas than, zana terus setuju je.  zana tak minta nak tengok2 design dulu ke apa cuma nak theme color biru & janji cantik udah katanya. 

Sebelum ni, zana pernah order apam polkadot tema biru masa adiknya ni bertunang. 
now, dah nak kawin pun adik bujangnya tu.

Thank u Rozzana :)

so, uols kalau berkenan nak order boleh la email ye; firda.station@yahoo.com

Fridge magnet penutup tahun 2013.

Alhamdulillah, berjaya juga i settle down dalam masa 3 minggu & awal 2 hari dari dateline untuk di courier kan ke Shah Alam. Walaupun fridge ni jenis mini (4cm) tapi bila dihimpunkan, total berat dekat 6 kilo uols. i suruh my hubby je pikul, hikhik.

Sesiapa yang nak buat bulks order, diharapkan dapat booking sebulan-2 dari tarikh majlis.
Kalau order last minit ni, kena masa takde banyak order. Memang boleh di siapkan tapi kalau order bertindih2 so, susah sikit la nak celah masa tu kan. so, uols kalau buat perancangan awal2 pun sebenarnya tersangat bagus untuk kelancaran kerja.

Apa pun, i suka design rainbow rose ni.
Simple 
Sweet &
humble.
Pengantin just request tulis wish dan wedding date je.

Thank U Zeyra very much :)

Fridge magnet super comel

Fridge magnet kartun muslimah mangga.

birthday party packs.

Repeat order dari Nad untuk door gift anak kesayangan intan payung gunung berapinya 
~ Aisy untuk 2nd birthday.

Comelkan fridge magnet ni & berfungsi untuk menindih note jugak :)
Untong le guest yang datang tu dapat seketui kan... kan... kan....

Thank u very much Nad for continuous order dan order untuk setiap events yang lain. 
I'm really appreciate it, truly.

Birthday party packs

 Ice cookies tema pelangi.

 Sticker also with rainbow theme :)

Birthday goodies pack.

Order dari kawan sekolah rendah. Dekat 20 tahun tak jumpa tu. 
Akhirnya, berpeluang bertemu kembali. 
Set untuk anak lelakinya Khalish yang super handsome boy.

Oke, uols kalau yang berada sekitar Ipoh nak service kereta boleh la ke workshop husband nya. Dari stesen bas Medan Gopeng tu yang menghala naik flyover tu tapi uols lalu jalan yang bawah ye dan lalu ikut jalan kiri bersebelahan petronas Silvertage tu. Kat situ ada workshop beso... ha, kat situ la. Hari2 pun bukak dari 9 am - 8.30 pm. tapi tak payah mention nama i for got special price, takdenya uols dapat diskaun, hikhik.

Thank u so much sweet heart, Cik Puan Noor wizana. 
Happy Birthday to Khalish dan aunty doakan menjadi anak yang membahagiakan semuanya.

Fridge magnet - round shape


Order yang ini nun jauh dari Kuching, Sarawak.
Fridge magnet size 2 in menggunakan tema bee.

Memang diakui jenis circle shape lebik unik compare dengan pattern square/ rectangular. Namun pemilihan gambar yang tepat pun penting coz round shape macam ni makan ruang. Jadi untuk gambar yang sebijik2 memang cun :)

Terima kasih Cik Jailatul Asmal dari Jabatan Akauntan Negeri Sarawak.