Khamis, Mei 30, 2013

Fridge Magnet Kad Raya 2013

 Boleh bagi kod design. Untuk design bawah tu;
i) kod: lemang
ii) kod: ketupat
iii) kod: dodol


Harga Promosi @ RM 2 per pc, takde min order... nak order 1 pc pun oke aje cuma tak balik kos postage je la, hehe. Kalau nak rope itu, boleh jugak... i tolong pos kan, tinggai bayo duit setem aje.

Tahun ini, jom tukar stail pulak. Bagi kad raya pesen magnet, tak ada le orang buang... boleh terus tepek kat peti ais. Boleh bagi kat tok wan, mak long-pak long, pak andak-mak andak, handai taulan, cikgu-cikgi dan kaum kerabat yang jauh mau pun dekat. Dah lama tradisi mengutus kad ni terabai... zaman mak-abah-tok-nenek kita dulu besar ni la lebih kurang kad rayanya. Cuma dalam warna hitam putih. Berlatar belakangkan gambar pantai la, tepi sawah la, blabla... (macam prop dalam filem P.Ramlee). Pastu ada la gambar pengirimnya cenonet kat penjuru gambar. Kad tu pulak bergerigi-gerigi macam gambar foto lama mak-abah kita dulu-dulu (tahun 90an, tepi foto dah tak ada gerigi-geriginya dah).

ate, jom le ngorder. Sebulan lagi kita nak menyambut puasa dah ni.

Size: 8.3cm x 5.3cm
Price: RM 2 per pc (tak termasuk envelope - *free envelope for order more than 30 pcs)

*excluding postage (poslaju @ RM 6).

email: firda.station@yahoo.com

Thank U ya.

Simply gift Hari Guru 2013 - Part 3

 Ini order Puan Zadlina dari Pulau Pinang.
Request untuk set box yang macam last year punya (Hari Guru 2012). 
Cuma teddy tu, i maklumkan yang stock seperti gift asal tu dah out of stock. Dia setuju je untuk guna teddy yang macam ni. Dan 4 pcs loose fridge magnet.

Thank U so much.


As usual, my friend Cikgu Mai tak sah kalau tak request order. 
Macam biasa, fridge magnet adalah item wajib. Siap tanya, stok magnet i banyak tak coz latest dia order untuk sponsor kenduri cukur jambul his nephew... tinggal balance je sikit, yang i terpaksa make in mini circle size.

 Okey, this is chocolate nugget yang i dah transform to be miniature book.
Terpaling la, i suka sangat sebab kekiutannya. Kiut ke dak? hehe.

 Pembaharuan untuk tahun ini, ice cream cone towel. 
Tu bukan lollipop ye adik-adik tapi highlights pen.

 Fridge magnet with bookmarks.

 Finally.


Thank U so muah-muah friend.
Mai bagitahu, next project will order for his daughter birthday goodies.

Magnet Hari Guru 2013 - Part 2

Puan Muslina dari Kajang, Selangor.
Thank U so much :)

Ini penutup order fridge magnet Tahun 2013.
Cikgu Maria dari kota Kinabalu, Sabah.
Dedikasi untuk kawan-kawan guru yang bakal bertukar ke sekolah baru.
Thank U - Thank U

 Puan Roziyana dari Kajang, Selangor jyga.
Thank U :)

 Puan Faizah dari Ampang, Selangor.
P/S: Request dalam bentuk biz card.

 Cikgu Nina dari Langkawi

Cikgu Ida dari Kuantan, Pahang.

 Order fridge magnet yang paling walid,
Thank U Cik Puan Norazlina Mahamud dari Lumut, Perak.

Kebanyakan order fridge magnet ni last minute juga la tapi alhamdulillah, semuanya berjaya disiapkan dalam masa 1-2 hari. Order  yang ke penghabisannya dari Kota Kinabalu, Sabah... memang lagi 3 hari je sebelum sekolah mula bercuti, dah cupoi sangat masanya bak kata orang Perancis, haha. Dan alhamdulillah, respond Cikgu Maria sangat membuatkan jerih terkejar-kejar i membuat berbaloi.

Simply Gift Hari Guru 2013 - Part 1

Ini la hasilnya... alhamdulillah, Cikgu Nina sangat berpuat hati.  Ini la order yang paling cepat deal. dalam tengahari-petang tu discussion. Bagi sebut harga, bla...bla... malam tu, payment clear. Order yang pertama, seminggu-2 sebelum hari guru yang Cikgu Nina dah submit. Kalau tengok gaya dan cara, i tak teragak-agak assume yang Cikgu Nina jenis orang yang teliti & tersusun je kerjanya... mesti tak suka buat kerja last minute.

Mulanya, Cikgu Nina request macam set hari guru last year tapi stok teddy bear dah yilek pochee. So, i pun perah-perah otak... "fikir-fikir-fikir," bak kata Jimmy Neutron. 

Lastly, i pun decide buat set yang ada;
i) Ice cream towel - tukar dengan cupcake towels sebab tak muat nak bubuh cupcakes tu dalam box.
ii) Bookmark clip - pun i gantikan dari bookmark lollipop
iii) Magnet - cuma tukar pattern kepada circle size 2 in +
iv) 8 pcs per box Chocolate praline (handmade box) - yang ni Cikgu Nina request.

Ice cream cone towel. Sapu tangan size 12 in kalau tak silap & jenis yang berkualiti.

 
 Bookmark clip.

Customized fridge magnet.

Chocolate praline with handmade box.

Beberapa hari menjelangnya hari guru, i pun poslaju ke Negeri Sembilan.
Terima kasih banyak-banyak-banyak Cikgu Nina.

Rabu, Mei 29, 2013

My Afif 9th Birthday - simply gift.

Pukul 5 pagi, i bangun menyiapkan roti sosej ni. Sosej tu, i rebus aje... healthy le kunon, hikhik.

 Ada sweet's yang i dah mix... marshmallow, chocolate button, chewing gum, etc.

Tara... dah siap, simple aje. Actually, i also put air kotak. So, takde la tercekik budak-budak ni makan roti sosej tu nanti. Ini memang last minute, menyelit je buat gift ni sebab dalam masa yang sama nak siapkan order customer's.

Sangat simple je la, hukhuk.