Ahad, Julai 24, 2011

Resepi Cheese tart



Kulit pastri

225gm mentega
150gm gula ising
3 biji telur
500gm tepung roti / protein tinggi

Cara:
1. Putar mentega dan gula sehingga tidak berbintil. Masukkan telur sebiji demi sebiji, diikuti dengan tepung.

2. Bulat-bulatkan doh, bungkus dengan plastik dan dinginkan di dalam peti sejuk selama 2 jam. Canai dan lapiskan ke dalam acuan.

3. Bakar kosong, tutup dengan kertas timah dan isi kekacang (kacang hijau, dal, beras,etc), pada 175C selama 10 minit sehingga kuning keemasan dan dasarnya kering. Angkat kertas timah dan kekacang. Sejukkan.

*Resepi kulit pastri diambil dari buku Juadah Manisan Istimewa-Chef Wan. Sebelumnya saya telah cuba resepi yang diambil dari internet namun entah dimana silapnya kulit pastri yang dihasilkan keras dan keras dan terpaksa dibakul sampahkan.

Jadi di sini saya akan kongsikan serba sedikit tips yang terdapat dalam buku berkenaan. Semua bahan mesti berada dalam keadaan sejuk (saya telah sukat dan simpan semua bahan semalaman dalam fridge). Bagi mendapatkan pastri yang teguh namun lembut dan berkelopak, campurkan mentega dan marjerin (saya telah guna nisbah 1:3 bagi marjerin dan mentega). Gunakan tepung roti (high protein). Jangan lupa ayak tepung sebaik hendak membuat bancuhan.

P/S Kulit pastri boleh dibuat lebih awal dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Cream cheese:
250gm cream cheese
30gm gula aising
10gm butter
1 biji telur gred C

Pukul kesemua bahan kecuali telur sehingga gebu. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi. Sedia untuk digunakan.

Disebabkan blueberry filling habis, saya gantikan dengan kiwi filling. Picit filling ke dasar kulit pastri. Kemudian letakkan cream cheese menutupi inti dan keliling dalam pastry. Titikkan inti dan lorekkan dengan lidi. Sedia untuk dibakar. Sejukkan dalam fridge, untuk lebih rasa yummy.

Selamat mencuba.

Sabtu, Julai 16, 2011

Apam pokedot


50pcs x 2 bekas, order dari Puan Ida dari Jalan Kebun, Klang. Terima kasih yang tak terhingga dan semoga berpuas hati.