Selasa, Februari 07, 2012

Kak Ima order


Angry Birds Party theme

Saya dapat tempahan dari kawan sekampung yang telah lama lost contact dan dipertemukan kembali melalui facebook. Actually, kawan masa sekolah agama rakyat... jarak usia kami empat tahun. Kiranya, boleh dianggap sebagai senior saya.

Kak Ima minta buatkan 200 pax goodies bag sempena birthday anak saudaranya. Temanya, Angggry Birds... haha memang menjadi kegilan termasuk dua orang hero saya yang pantang berjumpa.

Kak Ima nak goodies bag tu dalam transparent plastic. Saya pun rasa jika kena gayanya, packaging menggunakan plastik biasa pun menarik dan yang penting ianya budget. Dan saya suka jika keseluruhan goodies bag tu berguna jadi saya buat tag yang boleh diaplikasikan sebagai bookmark. Sekurangnya boleh dijadikan ingatan kepada penerimanya dan yang utamanya saya mahu menggalakkan anak-anak 'cinta' kepada buku. Di bahagian belakang tag tentu saja saya selitkan 'wise quote'. Keseluruhan tag ini adalah di laminate.


Gambar Angry Birds & the gang, hihi....

Kak Ima buat tempahan ni dalam bulan 12. 2011. Masa yang sangat maksimum untuk menyiapkan tempahan ini dan sangat saya hargai. Mulanya Kak Ima minta gula-gula kapas dalam kon aiskrim tapi kehabisan, kebetulan saya jumpa angry birds cracker... dan tak berfikir panjang saya gantikan dengannya. Mujur tuan punya order tak keberatan malah setuju bangat, hihi. Terus terang jajan yang Kak Ima request adalah kenangan masa kami budak-budak dulu. Mengikut katanya, "di KL susah nak jumpa... budak-budak sekarang entah pernah tengok pun tidak." hihi... betul sangat tu.

Saya cadangkan mini puzzle sebagai hard souvenir, harganya pun murah dan praktikal.

Isi goodies bag;
1pc tag aka bookmark
1pc mini puzzle
1 pc cereal cracker (angry birds)
1pc sunglass candy
3pcs chocolate coins
4pcs gummy



Dua minggu sebelum order dateline yakni seminggu sebelum raya cina), Kak Ima request buatkan Peraduan Teka Kacang yang kemudiannya saya cadangkan kepada Teka Gula-Gula. Malangnya tak jumpa pula gula-gula dengan pembungkus Angry Bird jadi saya beli yang mempunyai gambar alphabet. Maka, Teka Gula-Gula, saya buat lengkap dengan form dengan logo Angry Birds (siap dengan customize box) tentunya, 1pc container kecil (untuk isi form)dan 15 tags No. 1, 2 & 3 untuk dilekatkan pada 15 hadiah peraduan masa party tu nanti. Taaadaa... macam ini la, rupanya.



Keseluruhannya, makluman yang diterima... Kak Ima sangat-sangat berpuas hati dengan hasil godies bag dan Teka Gula-Gula. Dan saya pun sangat-sangat-sangat berterima kasih atas kepercayaannya.

Harga untuk set goodies bag seperti ini: RM 2.00 untuk tempahan 200pcs ++.
Boleh request tema party, insyaAllah akan saya usahakan yang terbaik



Ha... ini Cik Puan Ima yang meng'order', terima kasih sebab sudi memberi izin gambar di post di blog yang tak seberapanya ini.

Jika ada yang berminat untuk membuat tempahan, jangan silu-jangan silau, email; firda.station@yahoo.com atau 'add' facebook saya dan PM untuk balasan segera.

Tiada ulasan: