Isnin, November 19, 2012

Request Project yang ke seterusnya.

Seperti biasa, Mai minta saya buatkan gift. Kali ni, beliau nak beri pada anak-anak muridnya sempena Hari kanak-Kanak. Saya memang sangat la suka dapat projek macam ni sebab tak sabar melihat hasil akhirnya yang pasti menggembirakan hati. Apa nak dikata, I'm really HEART craft project... tudia, speking London kejap mak, hehe.

Untuk request order kali ni, saya buat hair clip ribbon untuk murid perempuan. Manakala murid lelaki memang saya buntu habis, memandangkan budget sangat terhad. Jadi, untuk murid lelakinya saya bubuh pensil tekan-tolak (haha... tak tahu namanya).
 
Dan makluman dari Mai, yang sangat-sangat-sangat berpuas hati seperti biasa. Senang benar hati saya mendengar... bertambah semangat untuk saya. Terima kasih Mai.

Dan beliau sudah berikan saya, satu lagi tugasan.

Tiada ulasan: