Ini pun order dari Kak Ima jugak, dia request buatkan flower bouquet. Nak bagi untuk adik iparnya punya birthday (bertuah u, dapat kakak ipar... nak gak bagi surprise gift. i poslaju tu). Macam biasa, i kan suka bagi cadangan, haha. Nasib baik kekandaku ok saja, asalkan cantik udah, katanya. Memandangkan, i ada stok english vase. Biasa, i memang suka mengumpul benda-benda cenggini. So, bila time nak guna... taraaa... tak ada la nak menggagau mikionya. Maka, deco-deco-deco... huhu, berpeluh jugak. Maklum la, 1st time buat benda alah ni. Cucuk sana - cucuk sana - selit - menyelit, sudah jugak. Jenuh u all, berpeluh i dibuatnya.
Coklat tu i beli aje cuma repack dalam love container tu. Ate... dah tak termampu nak muat. Ini la hasilnya; Kak Ima kata, "cantik kamu buat, kemas aje". Thank U, sebab terus menaruh kepercayaan mengorder tak putus-putus dengan saya. Macam-macam projek dengan akak ni. Bouquet ni pun, i dah try tonggeng-tonggengkan terlebih dulu bagi memastikan tak tercabut semasa dalam penghantaran. i dah mampatkan dengan polistrin & kertas. Rasanya suci murni keadaannya setelah sampai ke Miss Juliana.
U all, maklum saja la pekerja pos macamana dorang buat kerja. Mana-mana yang hantar laptop tu tak ada calar/retak... buat la doa selamat coz kebanyakannya wasallamu, tutup & kucup jahame tu. Memang punah, teroyak keluar air mata darah wooo....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan