Khamis, November 11, 2010

Ini bukan kotak Pandora.

Salam,

Untuk edisi pengenalan, saya nak perkenalkan handmade mystery box… yang kiut, yang sempoi… yang penting ye misteri (hem… guest mesti surprise nak tau isi kat dalam) yang sangat sesuai dijadikan door gift untuk sebarang majlis seperti nikah-kawin, hari jadian, baby shower, etc. Anda boleh isi dengan chocolate praline/candy atau ice cookies atau marshmallow, etc. Terdapat dua jenis kertas (mengikut permintaan).


1) Recycle paper (selected page dari majalah fashion seperti Elle, Voque, Marie Claire, etc)


Saya tawarkan harga yang lebih murah untuk recycle paper memandangkan statusnya dari lampiran iklan majalah tetapi tetap nampak glam dan anda akan mendapat pelbagai corak yang tak lazim dan eksklusif setiap satu darinya. Setiap kotak adalah siap dengan ikatan riben (terdapat dua jenis ikatan riben, terserah kepada anda untuk membuat pilihan sama ada ikatan penuh atau separuh) – saya akan pilih warna riben yang bersesuaian untuk dipadankan namun sekiranya terdapat permintaan color lain, boleh dipertimbangkan. Anda juga boleh memilih pelbagai gaya ikatan reben sama ada biasa atau menggunakan riben jenis organza.


Model: Siantan


Model: Seroja

Model: Santalia



2) Coloring paper (boleh request untuk theme, desing & color)

Manakala coloring paper pula menggunakan kertas dengan berat 70gm dan anda boleh request untuk theme color dan design mengikut kesesuaian majlis. Jika nak mix color kotak pun boleh contoh: kuning & hitam atau merah & hitam, etc.


Model: Kenanga

Model: Bakawali

Model: Anggerik



P/S: Pembelian melebihi 200pcs, sila buat tempahan seminggu awal.

Untuk makluman mystery box ini, 100% dibikin sendiri dengan sepenuh hati dan cinta, eecehcehhh… Boleh tahan sakit pinggang-pinggul juga dek proses melipat, memotong, menggunting dan melekat sehingga terhasilnya kotak-kotak-kotak ini. Saya menggunakan teknik lipatan bagi menghasilkan mystery box ini. Oleh itu, terdapat kesan lipatan yang tidak ketara. Walaupun begitu, ikatan riben telah menutup garisan lipat dan hasilnya tetap marvelous.

Bekerja dengan riben memang menyeronokkan, seperti apa pun yang anda lakukan… ia akan menjadikan bungkusan anda bercitra ekslusif dan mewah namun padanan warna harus tepat.


TIPS hari ini: Warna hitam, putih atau perak adalah warna universal yang sesuai dipadankan dengan sebarang warna. Manakala padanan warna merah dan hitam mencetus gaya prestij dan glam.


Berikut adalah gambar yang menunjukkan kesan garis lipatan sebelum dan selepas di make over dengan riben.


Gambar: Kesan garis lipat sebelum di ikat dengan riben.

Gambar: Kesan garis lipat selepas di ikat dengan riben.


  • Pembelian melebihi 200pcs, sila buat tempahan seminggu awal.

P/S: Jangan malu-malu kangaroo, email saya untuk sebarang tempahan & pertanyaan di aryaya11@yahoo.com.

XOXO :)

Tiada ulasan: