Jumaat, November 12, 2010

MPIMI SULEALYNA TREALBIK

Saya kejutkan encik Suami.

Saya: encik Suami (saya tipu, saya tak panggil beliau begitu)
Encik suami: kroh…kreh…kreh…kroh…brrpp….

Saya goncang-goncang encik Suami sambil kuatkan volume suara.

Encik Suami: Ha… ada apa?
Saya: Saya mimpi.

Encik Suami: Mimpi? Apa?
Saya: Saya mimpi berada di gedung kasut. Ada kasut color merah. Kasut color biru, kasut color putih, kasut color coklat, kasut color….

Encik suami: Kan malam ni, mana ada shoping complex buka, merepeklah Cik Puan Isteri ni.
Saya: encik Suami, saya cakap yang saya mimpi berada di gedung kasut. Ada kasut color merah. Kasut color biru, kasut color putih, kasut color coklat, kasut color….

Encik Suami: Eem… dah tu?
Saya: Saya mimpi beli kasut banyakkk…. Cantikkk-cantikkk semuanya.

Encik suami: Eem… camtu, tak payahlah awak beli kasut lagi tahun ni.
Saya: Tapi mimpikan kan biasanya terbalik?

Tiada ulasan: